ePerolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet.
ePerolehan bertindak sebagai medium alternatif untuk para pembekal mendaftar/memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Aplikasi kerajaan elektronik disasarkan mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila konsep "paperless" atau bebas kertas diaplikasikan sepenuhnya.
Perkhidmatan yang ditawarkan di dalam Sistem ePerolehan adalah meliputi:
Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga, Menghantar permohonan, Menerima Permohonan, Menyemak status permohonan, Menyerahkan tawaran tender, Membuat / menerima pembayaran secara atas talian, Katalog Elektronik (eCat)
Bagi pembekal bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.00.
Hanya Warganegara Malaysia dengan I/C (MyKad) dibenarkan untuk mendaftar Akaun Asas
Akaun MOF
Bagi pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:
Kontraktor: bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; atau bertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan)
Perunding - bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.
Tempoh sahlaku akaun MOF adalah selama 3 tahun.
Berpengalaman sejak 2004 menguruskan perkhidmatan pendaftaran syarikat dengan ePerolehan/ Akaun MOF / Lesen Kewangan, agensi kerajaan termasuk ePerolehan (KKM), PKK, CIDB dan SSM. Kami dapat mengekalkan reputasi baik dan terus berkembang dengan kepercayaan yang telah diberikan oleh para pelanggan kami dari seluruh pelusuk negara.
Hubungi kami untuk keterangan lanjut 011-10160556 Shahrizan
Sediakan dokumen sokongan untuk kami proses (boleh email sahaja ke mof.lamanklasik@gmail.com)
Setelah permohonan lulus kami akan menghubungi anda [semak status permohonan]
Sediakan bayaran untuk yuran pendaftaran dan pengurusan
Akhir sekali syarikat/perniagaan anda telah berdaftar sebagai pembekal/perunding ePerolehan / Akaun MOF / Lesen Kewangan
Sertai Sebutharga / Tender ePerolehan / Akaun MOF / Lesen Kewangan