Bagi pembekal bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.00 (pembelian terus).
Boleh mempunyai seorang Pentadbir Pembekal dan dua orang Pengguna Pembekal tambahan. Hanya individu ini sahaja yang dibenarkan menguruskan dokumen-dokumen dan urusan pendaftaran dan perolehan.
Pemegang akaun asas akan menggunakan sijil digital untuk menandatangani apa-apa dokumen di dalam sistem ePerolehan.
Pentadbir Pembekal (pengguna pertama) yang berurusan dengan Kerajaan Persekutuan di dalam sistem ePerolehan akan mendapat sijil digital secara percuma untuk tempoh tiga tahun pertama. Bayaran akan dikenakan untuk pembaharuan dan permohonan sijil digital bagi pengguna tambahan yang seterusnya.
Hanya warganegara Malaysia dengan I/C (MyKAD) dibenarkan untuk mendaftar dalam Akaun Asas.